Want your
own Fotopage?








 
Muhamad's FotoPage
bagoosh, realbagoosh, muhamad
By: Muhamad Shamsudin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[Archive]
Friday, 16-Nov-2007 12:35 Email | Share | | Bookmark
Irfan 1 bulan

Image%2854%29
Image%2857%29
Image%2849%29
Maaf kan Abah lama x update fotopages ni. Bukan sengaja tetapi masa
tidak mengizinkan. Terasa masa berlalu sungguh cepat sampaikan baby
Irfan dah nak pandai jalan. (umur dah setahun 4 bulan sekarang ni).
Tetapi sebab sorotan pembesaran baby Irfan perlu Abah update dekat sini.
Gambar ini lah yang selalu Abah tengok kalau rasa rindu, rasanyer korang
mesti nak tau kenapa? masa ini la baby Irfan badan dia GEBU semacam
hehehe. Seronok je Abah peluk.
Masa ini baby Irfan dia kat kampung (Alor Star). Abah duduk kat KL
sensorang uhuk uhuks.Tapi bila ujung minggu je Abah beli tiket balik
kampung.Rindu kat baby Irfan ngan Umi dia sekali (tu dah wajib dah tu).
Abah ingat lagi bila Abah call umi, Umi mesti bukak loud speaker, dan
tak pasal2 masa tu baby IRfan akan nangis. Umi dia kata dia kenal suara
Abah. Kalau Abah panggil nama Irfan nanti baby Irfan senyap pastu macam
tercari2, tu menurut cerita Umi dia.
Ni la gambor masa baby Irfan umur 2 minggu sampai sebulan hehehe.
Cerita baby Ifran ni panjang hehehe insyaAllah.

wah...pendek je citer irfan...sambung la lg bah..heheh
skang ni irfan dah pandai cakap..heheh..paling pandai..bah bah...mamama.... ..dan mewarisi perangai mak dia..merajuk pun pandai..heheh
Mon 4-Feb-2008 10:41
Posted by:hannan
Tumpang Iklan-KAIN SULAM BUKIT TINGGI
STOK BARU JUN 2009

"BOLEH BAYAR 2 KALI, APA TUNGGU LAGI===> ALL ARE FREE DELIVERY"

Layari http://sulamqistina.blogspot.com

Mari selagi stok masih ada
Untuk persiapan hari raya ANDA,hantaran perkahwinan, hadiah, majlis pertunangan!!!
selain kelainan penampilan
Tidak mahu manik....boleh guna sulam..
Sulam di jahit dengan manik pun menarik juga
STok harga promosi masih ada lagi
Kain Sulam Bukit Tinggi Indonesia
Punya Kelainan dan sulam yang cantik.....
Lihat dulu....kot2 ada yang berkenan....
Tue 16-Jun-2009 01:21
Posted by:unnamed
Add comment


Thursday, 10-Aug-2006 08:21 Email | Share | | Bookmark
1 Hari dalam hidup Baby Irfan

Image%2843%29
Image%2841%29
Image%2842%29
Kali ni abah nak citer kegembiraan abah menyambut kelahiran baby Irfan.
Kalau korang nak tau, untuk melengkapkan diri menyambut kelahiran baby
Irfan ni, abah ngan ummi pergi kursus aternatel (ntah betul ejanyer ke
tidak) class kat Selangor Medical Center (SMC).Kelas ni kira bagus gak
la, sebab dia bagi penerangan untuk persediaan ketika mengandung,
melahirkan dan penjagaan bayi. Masa masuk kelas ni, abah ingat mesti
ramai bangsa lain je, tapi rupa-rupanya ramai orang Melayu. Rasa bangga
gak sebab ramai orang kita yang dah buka mata pasal benda-benda ni.
Pemakanan semasa mengandung banyak membawa impak kepada bayi. Tapi yang
paling penting macam mana nak HADAPI KESAKITAN ketika BERANAK. Dengarnya
macam lawak, tapi tu benar-benar terjadi. Peranan suami penting ketika
isteri sedang bermain dengan nyawanya dan nyawa anak yang dikandungkan.
Abah melihat sendiri setiap saat dan detik kelahiran baby Irfan ni.
Moral support je yang mampu Abah beri pada Ummi sepanjang saat yang
mencemaskan itu. Abah rasa kasih sayang Abah pada Ummi semakin
meluap-luap. Setiap saat doa Abah tak pernah terlepas dari mulut.
DOA: Baca doa Nabi Yunus dalam perut ikan - "Laila ha ila anta subhanaka
inikuntu minazzalimin"
Abah lihat sendiri ketika kepala baby Irfan keluar perlahan-lahan, masa
tu rasa macam nak pecah dada sebab debaran jantung Abah lebih laju dari
kipas helikopter. Alhamdulillah Abah memang jenis yang tak takut darah.
Kepala muncul, pelan-pelan badan pula yang keluar. Abah melihat sendiri
kesungguhan Ummi, NYAWA ADALAH PERTARUHANNYA. Masa ni, Abah hanya pasrah
kepada ALLAH sepenuhnya.
Keluar saja baby Irfan, dia terus menangis. Kegembiraan mengisi ruang
bilik bersalin. Abah lihat sendiri baby Irfan pada umurnya 1 detik.
Kelahiran yang Abah dan Ummi tunggu selama hampir 2 tahun perkahwinan
kami, SYUKUR.
Masa tu jam baru pukul 8.30pm. Selesai jururawat bersihkan baby Irfan,
sekarang tugas Abah yang pertama sebagai 'ABAH' iaitu mengazankan baby
Irfan. Abah azankan baby Irfan penuh rasa syukur dan insaf kepada Allah.
Setiap alunan azan ada berbaur nada kesyukuran. Selesai Abah azakan baby
Irfan, azan Isyak berkumandang dari masjid berdekatan SMC.
Alhamdulillah, baby Irfan diazankan sekali lagi oleh laungan azan Isyak
tadi.
Kegembiraan dan rasa syukur ini, Abah sebarkan kepada yang setia menanti
di hospital pada masa itu, Ibu mertua dan ipar duai yang menanti penuh
debaran.
Hari ini 9 Julai 2006 lahirlah seorang khalifah Allah yang bernama
MUHAMMAD IRFAN FARHAN.
ps: gambar-gambar baby Irfan tu semuanya dalam bilik bersalin kat SMC

terlalu besar anugerah Tuhan kurniakan yang tidak terhingga....... Tue 6-Feb-2007 12:48
Posted by:smile
Add comment


Wednesday, 9-Aug-2006 01:29 Email | Share | | Bookmark
Baby Irfan dalam kandungan Ummi dia

26-1-2006 2
28-2-2006 1-52-53 PM_0000
27-3-2006
Abah sayang kat Irfan ngan Ummi dia (mestilah). Ni gambar scan yang Abah
amik masa baby Irfan baru beberapa bulan dalam kandungan Ummi. Nasib
baik la Ummi masa tu tak banyak songeh sangat. Setakat manja je.....

dapat le si irfan tgk dia kat dlm perut ye Wed 9-Aug-2006 03:16
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
aha.. la time abah dia dulu x de scan2 ni... hehehe agak2 abah dia lebey kureng camtu gak ahaks hehehe Wed 9-Aug-2006 06:28
Posted by:bagoosh
syukur alahamdulilah.... Tue 6-Feb-2007 12:34
Posted by:smile
Add comment


Wednesday, 2-Aug-2006 07:39 Email | Share | | Bookmark
Birthday Iman dan Dina

DSCN9282
Ni la dua org anak sedara yang aku ada, wat masa ni la hehehehe. Dua2 ni
anak kakak aku sorang nama Iman Sarah (gambar kiri) pastu yang kecik
comel tu adik dia Dina Sofea (gambar kanan). Dia org ni manja punya la x
ingat. Aku ingat aku pun abis angin la nak layan budak dua org ni.
Iman: "Uncle Mat, Iman nak teddy bear!!!!!"
Dina: "nongnenng nongn nenngnengegn" <<< budak kecik la mana reti cakap
Aku: "Mmmmmmmmm aha mintak kat Ayah Iman la...." sambil muncung kat
bapak dia.
Tapi yang konpirm MATA SEPET tu mesti dalam family kita org nyer ler...
kira TRADE MARK la tu.

Add comment


Wednesday, 2-Aug-2006 06:55 Email | Share | | Bookmark
Perkahwinan Ku

Rotation of DSCN8014
Ni gambo aku ngan wife aku yg cun melecun tu . Maka bermula la hidup
aku sebagai Seorang Suami. Mmmmm ni yang aku nak citer semua hidup aku
lepas kawen je... kira masa bujang dulu nyer citer aku dah skip dah
hehehehe...
Kawen best ke tak???? best ah sebab dapat kawen org yang kita sayang.
Lagi satu kalau dapat orang yang satu kepala ngan kita hehehe.
Wife aku ni pendiam, tapi baik hati. Tapi aku bersyukur sebab dapat
kawen ngan dia, kira dia ni Isteri Mithali la.
Esok kalau Tuhan tanyer kat aku bini ko ni nak di masukkan kemana??? Aku
terus je cakap "Ya Tuhan Syurga-lah tempat yang terbaik untuk Isteriku
ini.Kerna dalam hayatnya, dia adalah Isteri yang MITHALI" -
amin...

Add comment


[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

web02.fp.pidgintech.com